Sabtu, 27 Ogos 2011

KEPERIBADIAN YANG MULIA

KEPERIBADIAN adalah cirri-ciri perwakan, mental, social dan emosi yang dapat member identity seseorang individu itu. Ia memainkan peranan yang penting didalam membina satu kejayaan yang Berjaya.

Peribadi anda dapat dilihat oleh orang lain tetapi puncanya adalah didalam diri sendiri. Keperibadian yang menawan adalah pemberian yang dapat menggoda perwatakan yang kuat dan kadang-kala dapat mengawal destinasi Negara. Mereka yang mempunyai nilai keperibadian yang menawan dapat mempengaruhi orang di sekeliling mereka. Walaupun kita bercakap keperibadian yang baik adalah satu anugerah, ia adalah sebenarnya anugerah diri. Kita tidak dilahir bersamanya. Ianya dipupuk, disemai dan akhirnya dapat dan akhirnya menjadi satu keperibadian yang menaik, menawan dan baik.

Prinsip keperibadian yang mulia terletak di dalam ayat ini: “Keperibadian positif memikat, keperibadian negative menolak”. Orang ramai akan terpikat kepada mereka yang mempunyai keperibadian yang tinggi. Orang ramai akan menjauhkan diri dari mereka yang berpendiriannya yang tidak menyenangkan walau di mana sahaja ditemui.

Seorang ketua yang dipilih mempunyai ramai pengikut yang ramai serta beliau amat dipercayai. Salah satu sifat seorang ketua ialah keperibadiannya yang mulia dan menyenangkan seperti ramah-tamah, bersopan, lemah-lembut dan sebagainya.

Seorang ketua juga perlu bijak menyesuaikan diri didalam apa jua situasi. Beliau juga adalah seorang yang mudah ditemui dan dibawa bicara. Beliau juga adalah seorang yang realistik dan tidak hanya berkhayal. Seorang ketua mempunyai banyak impian dan cita-cita. Segala cita-cita beliau adalah untuk kepentingan bersama dan bukan untuk dirinya sendiri.

Ashserah bagi contoh ; anda adalah seorang ketua. Anda juga ketua kepada diri sendiri. Sebagai seorang ketua anda juga harus mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan mulia. Jika anda mempunyai impian ingin untuk hidup dengan selesa di dinua ini, anda perlu bekerjasama dengan orang lain. Tetapi sebelum itu marailah kita berfikir sejenak akan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan orang lain bekerjasama dengan anda.

Didalam menerima sesuatu pandangan, kritikan atau nasihat jangan sekali berkecil hati atau memperkecil-kecilkan mereka yang memperkatakannya. Orang akan memandang tinggi kepada mereka yang boleh menerima kritikan dan nasihat dengan senang hati.

Di dalam sebuah organisasi, jika seorang pengurus itu dapat menerima kritikan dan nasihat daripa kakitangannya dengan perasaan terbuka beliau akan dihormati oleh kakitangannya. Setiap nasihat dan syor itu jangan pula diikup dengan membuta tuli.Ini akan membawa kepada keburukan. Manusia memang suka member nasihat dan kritikan tak kira samada ianya betul atau salah. Mereka akan merasa berbesar hati kerana dapat melahirkan pendapat mereka.

Anda juga harus ingat anda perlu mempunyai sikap[ bertolak ansur dan mempunyai keinginan untuk mencuba pendapat orang lain didalam melaksanakan sesuatu tugan itu. Jika ideal seseorang itu baik, anda perlu bergembira kerana telah bersama-sama menjayakannya.

Di dalam mengejar kejayaan, jangan sesekali merasa berkecil hati jika orang lain mencapai kejayaan lebih awal. Jika anda terus membantu orang lain mencapai kejayaannya, lambat-laun anda pasti akan dapat menikmati kejayaaan juga. Semasa anda membatu orang lain didalam mencapai kejayaan mereka dengan tidak secara langsung, anda telah meningkatkan diri anda ketahap itu juga.

Jika anda ingin mengamalkan sikap berkeperibadiaan yang mulia anda perlu mengambil berat terhadap orang lain. Anda patuk singkirkan tabiat cemburu, merengus, bermasam muka dan berdendam dan lain-lain lagi. Orang yang Berjaya sebenarnya tidak membenci sesame sendiri. Mereka tidak mengamalkan sifat membenci, mendendam, prasangka, dan memperkecilkan orang lain.

Keperibadiaan yang mulia adalah motif yang teragung didunia ini. DIdalam penjelmaannya yang terangung ia mempamirkan kaedah sebenar manusia di peringkat tertinggi. Keperibadiaan yang mulia terletak di dalam diri anda. Penghormatan adalah annggapan umum kepada anda. Keperibadiaan adlah hak anda sendiri, penghargaan adalah hanya didalam ingatan orang lain.

Napoleon boleh dianggap sebagai seorang yang sempurna di dalam semua bidang. Sebagai seorang ketua, beliau seringkali menerima kritikan, oleh kerana keperibadiannya yang berlainan. Beliau juga telah melantik seseorang yang membencinya memegang jawatan yang tinggi. Apabila ditanya, beliau telah menjawab bahawa, beliau tidak memperdulikan pendapat orang itu terhadap dirinya, tetapi kemampuan orang itu untuk melaksanakan tugas itu dengan sempurna.

Anda perlu sentiasa beringat bahawa manusia itu tidak sempurna. Mereka dijadikan dengan kekurangan dan kelebihan masing-masing. Ini menyebabkan mereka memerlukan bantuan orang lainuntuk mengatasi kelemahan drinya dan mereka akan menggunakn kelebihannya untuk membntu mereka yang lemah. Jika anda dapat memenuhi kehendak dan tuntutan itu, anda akan di hargai. Penghargaan itu perlu diterima dengan hati yang terbuka dan kerelaan. Orang lain boleh membuat tuduhan,fitnah dan juga merosakan anda. Tetapi tindakan mereka itu boleh dipatahkan dengan tindakan anda. Anda perlu bertindak dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Ini akan dapat menghalang tindakan mereka itu daripada mencapai kejayaan dan kemungkinan anda dapat berubah tindakan mereka sehingga ia memberi faedah pula kepada anda.

Keperibadian yang mulia terletak diatas diri anda sendiri. Jika anda boleh memaafkan dan menyesuaikan diri dengan kelemahan dan kelebihan orang lain, anda pasti akan Berjaya. Kejayaan juga akan berada di dalam tangan anda.

0 comments:

Catat Ulasan

thank you kerana membaca sila lah komen,...

Ruangan iklan

Letak iklan disini free sampai 31 disember 2011
ads ads ads ads