Selasa, 11 Oktober 2011

Bodohnya ketika terlalu cinta


Dah agak lama rasanya aku tidak punya buah hati,... kerana cinta dululah aku lupa segala-galanya,.. mengapa ia berlaku?? adakah kerana teman kita yang buat begitu???
Sedar tak, apabila kita terlalu cinta anda akan lakukan banyak kesilapan, bukan saja kita silap dalam meramal fikirannya, kita juga silap meramal fikiran diri sendiri.

Aku terjumpa buku yang di katakan oleh Dr. HM Tuah Iskandar tentang pekara ini.


Terlalu cinta akan menyebabkan otak anda tidak dapat menimbangkan perkara berpaksikan logik dan agama. Buktinya, tatkala anda terlalu cinta, anda sanggup berbuat apa saja. Apakah itu boleh diterima oleh otak yang waras? Sudah tentu tidak. Biasanya apabila bertentangan dengan logik akan bertentangan juga dengan agama.

Terlalu cinta membuatkan anda tidak lalu makan. Bukankah itu silap? Makan adalah keperluan, jika kerana terlalu cinta hingga tidak berasa lapar itu tidak wajar. Normal seseorang manusia perlukan makan dan normallah tatkala bercinta, bersedih, gembira dan segalanya. Normal bermakna ‘patut’ dan ‘bijak’.

Apabila seseorang sedang dibungkus rasa cinta yang amat sangat, dia akan mengingati pasangannya setiap masa dan ketika. Dia mahu mendengar suaranya, melihat wajahnya – sentiasa. Apakah itu tidak silap? Jawapannya silap, sebab mana mungkin seorang wanita menghadap wajah kekasihnya setiap masa. Tahulah dia sedang mabuk cinta tetapi apakah perbuatannya itu tidak silap? Jawapannya silap.

Cinta yang terlalu benar-benar membodohkan. Maka itu yang sebaik-baiknya ialah bercinta seadanya tatkala sedang bercinta dan bercinta sesungguhnya tatkala telah bersatu kelak. Keadaannya selalu terbalik, kebanyakkan orang akan bercinta semahu-mahunya tatkala dalam alam percintaan sebaliknya bercinta seadanya di alam perkahwinan. Bukankah itu kalut, mengenang seseorang sedangkan diri telah bergelar isteri. Bukankah itu tidak patut menyayangi seseorang sedangkan diri sudah pun bergelar suami. Keadaan akan lebih ‘geli’ kalau kedua-duanya telah bergelar ibu dan ayah, malah datuk dan nenek.

Firman Allah, “Pergaulilah isteri-isterimu itu dengan cara yang baik, " dalam ayat lain berbunyi, “Dan bagi isteri-isterimu itu ada hak, sebagaimana atas mereka ada kewajipan-kewajipan dengan cara yang baik."

Ibn Abbas r.a berkata, “Kerana ayat inilah maka aku berhias untuk isteriku sebagaimana isteriku berhias untukku. Kewajipan suami mencukupkan semua kemahuan isterinya dan kewajipan isteri taat menurut kemahuan suaminya."

Rasulullah s.a.w pula bersabda, “Ingatlah, hendaknya kamu berlaku adil terhadap isteri-isterimu, maka sesunguhnya mereka bagaikan tawanan di tanganmu. Kamu tidak memiliki sesuatu dari mereka selain itu, kecuali jika mereka berbuat lacur yang berbukti, maka bila berbuat demikian, maka boikotlah mereka ditempat tidur, dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukakan. Maka jika telah menurut, maka jangan kamu cari-cari jalan yang lain... ". Riwayat Attarmidzi dan Ibn Majah.

Semua ini akan hilang pada orang yang sedang tenggelam mencintai. Dia terlalu mencintai hingga tidak nampak larangan, panduan dan tegahan. Yang kelihatan adalah indahnya dalam ulitan, dakapan dan kenangan. Bukankah itu silap? Sebab dalam hidup ada banyak perkara perlu dilakukan, dikerjakan dan diselesaikan dan dalam masa yang sama ada banyak tegahan, larangan dan pantauan untuk dijauhi. Cinta yang terlalu akan mencuri sebahagian besar perhatian dan melemahkan sebahagian besar kemahuan untuk membina sejarah diri yang gemilang. Cinta yang terlalu juga selalu menyaksikan pengorbanan pada yang tidak sepatutnya dikorbankan.

Dua tip untuk bercinta dalam istilah bijaksana:

• Tatkala telah jatuh cinta, cepat-cepat letakkan dia pada kedudukan kelima selepas cinta pada Allah, pada nabi, pada ibu bapa dan pada ilmu.
• Dapatkan ilmu bercinta dari buku-buku motivasi berteraskan agama, usah terlalu banyak mendengar lagu jiwa dan menonton filem cinta.

3 comments:

ReYnn berkata...

cintailah Allah..dapat cinta Allah,dapat segalanya ;;)

Ash serah berkata...

:D betol tu reYnn b-(

Noor Fatin Nadia Ismail berkata...

lumrah manusia nak dicintai dan mencintai.. kalau belum bersedia sepenuhnya, cintailah dalam diam.. betul..! ilmu bercinta perlu ada..:)

Catat Ulasan

thank you kerana membaca sila lah komen,...

Ruangan iklan

Letak iklan disini free sampai 31 disember 2011
ads ads ads ads