Isnin, 12 September 2011

kemanakah hala tuju kita semua???

Kemana Kita Selepas Ini ? Kemana anda selepas ini ? Kemana saya selepas ini ? Sudah tiba masanya untuk buat perancangan yang strategic untuk kehidupan selepas ini. Khas untuk sahabat-sahabat saya 'di kolej komuniti'.. Dalam masa 11 bulan sahaja lagi saya akan meninggalkan campus life.

Semoga kamu semua mencapai tempat yang kamu ingin tuju. Semoga tercapai matlamat semua. Ukhwahfillah Abadan abada.

Campus life yang penuh dengan kenangan manis, tak kurang juga pahit, ujian, cabaran, dugaan serta halangan-halangan yang menjadi rempah-ratus, perencah masam manis dalam kehidupan ini. Saya begitu, awak begitu, mereka juga begitu.Tak siapa yang bebas dari ujian Allah swt. Ujian kita berbeza-beza, kita di uji dengan pelbagai cara, bergantung pada kemampuan diri sendiri. Kita di uji dengan kelemahan kita.

Umur sudah semakin meningkat.. Bila sebut tentang umur yang setiap hari meningkat, setiap detik meningkat, saya akan teringat tentang betapa makin dekat ajal maut saya. Anda bagaimana ? Masih dalam keadaan sedar atau tak sedar ? Masih berasa ingin menikmati keindahan hidup di dunia yang sementara yang penuh dengan pura-pura ? Masih ingin meneruskan hidup seperti biasa tanpa berubah ke arah kebaikan, tanpa menambahkan bekalan akhirat ? Ajal maut semakin menghampiri, selangkah demi langkah, ia tak akan lari makin jauh dari kita. Tapi ia semakin dekat, dekat dan dekat. Hingga sampai satu saat, kita dah tak dapat berbuat apa-apa.

Perancangan.. Saya, Kita, Awak, Mereka, semua mempunyai perancangan. Merancang.. Yang menentukan jadinya perancangan itu ? Hanya Allah.. Hanya Dia yang berkuasa menjadikan perancangan itu Berjaya atau tidak. Perancangan Allah itu lebih rapi. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. Kerana Dia yang mencipta kita. Perancangan, hala tuju.. Di iringini dengan usaha serta doa pada Allah.. Bergantung harap pada Allah swt.

Kemana saya selepas ini ? Di mana arah tuju selepas ini ? Kemanakah kaki ini akan melangkah ? Jalan bagaimanakah yang akan di lalui selepas ini ? Rintangan apakah lagi selepas ini ? Adakah masih mengharapkan sesuatu yang tidak pasti ? Masih menunggu sesuatu yang tiada hitam putihnya ? Masih lagi kabur ? Masih di dalam dilemma ? Masih terkenangkan kisah lalu ? Masih terbayang-bayang sejarah lalu ? Sejarah hitam, kelabu, merah ? Corak kehidupan yang berwarna-warni. Hanya Allah yang berkuasa menentukan segalannya. Allah yang memberi kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang.

Seboleh mungkin saya akan ikut flow life secara normal. Tanpa melampaui batas, tanpa skip mana-mana step. Tak perlu berbicara panjang, kerana itu perancangan peribadi saya. Doakan saya..

Yang saya pasti.. Kemana saya nanti ? Ke situ.. Kembali ke tempat yang dari mana saya datang, dari mana saya di ciptakan, kembali kepada Pencipta saya. Itu saya pasti. Biar masa menentukan.. Sebelum ia hadir, sebelum ia sampai kepada saya, dan juga sebelum ia bersedia untuk bawa kita bersamanya, persiapkanlah diri kita dengan secukupnya… Kerana pada masa itu, kita dah tak dapat buat apa-apa. Hanya amalan-amalan kita yang mengiringi kita.. Yang bantu kita nanti di alam sana.

Jangan terlalu leka dengan perancangan dunia. Jangan asyik dengan perjalanan dunia.. Fikir-fikirkan juga tentang perancangan di akhirat sana..

“Sekali ku melangkah, biarlah ku teruskan perjalanan ini walaupun aku sendirian. Hanya Allah yang tahu Duka Lara hidupku ini.. Tak perlu Kau Bertanya Kemanakah Arah hala tuju ku Selepas Ini. Tak perlu Kau Ambil Tahu Langkahku Selepas Ini..”

0 comments:

Catat Ulasan

thank you kerana membaca sila lah komen,...

Ruangan iklan

Letak iklan disini free sampai 31 disember 2011
ads ads ads ads