Malaysia dibelenggu kecederaan tonggak menjelang final bola sepak Sukan SEA XXVI hari ini, namun ‘semangat 1979’ menjadi azimat skuad Harimau Muda untuk menumbangkan Garuda.
Tiga puluh dua tahun lalu, gol tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari membantu Malaysia mencatat kemenangan paling masyhur 1-0 ke atas Indonesia untuk membawa pulang kejuaraan di Jakarta.
Biarpun kita kalah 1-0 dalam pertemuan final Sukan SEA terakhir dengan negara itu, juga di Jakarta 1987, namun moral pemain amat tinggi ketika ini selepas menumpaskan tuan rumah 1-0, Khamis lalu.
Namun, kecederaan tiga tonggak, Izzaq Faris Ramlan; sayap kanan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan sayap kiri, Mohd. Fandi Othman sedikit merencatkan persiapan.
Izzaq cedera lutut kiri ketika bertemu Myanmar kelmarin dan terpaksa menggunakan topang.
Penjaring gol kemenangan Malaysia ketika mengalahkan Indonesia, Syahrul Azwari Ibrahim juga belum pasti dapat diturunkan.
Ong Kim Swee kini terpaksa mengatur strategi baru dengan harapan disandar kepada A. Thamil Arasu dan Yong Kuong Yong, selain Mohd. Zubir Azmi.
“Tidak banyak yang boleh saya lakukan kerana masalah ini, saya terpaksa menurunkan pemain yang ada. Mujurlah Thamil dan Yong boleh beraksi di mana-mana posisi depan.
“Thamil dan Yong saya harap dapat mengimbangi kepantasan sayap kiri Indonesia menerusi pemain mereka Octovianus dan sayap kanan mereka, Titus Bonai.
“Kita tidak boleh ambil kira perlawanan dengan Indonesia sebelum ini kerana skuad mereka esok pasti sama sekali berbeza,’’ kata Kim Swee...
Sumber : utusan harian
0 comments:
Catat Ulasan
thank you kerana membaca sila lah komen,...