Selasa, 22 November 2011

Lelaki Dikhuatiri Jadi Bahan Santapan Puak Asli!



Seorang pengembara yang berlabuh menaiki kapal layar dengan teman wanitanya di sebuah pulau Pasifik yang terpencil dikhuatiri telah dimakan oleh puak orang Asli di pulau itu semalam.

Jasad yang dipercayai milik seorang warga Jerman Stefan Ramin, 40, dijumpai di dalam sebuah bekas unggunan api di pulau itu.

Stefan dipercayai telah dikerat kepada beberapa bahagian sebelum dipanggang oleh puak tempatan – walaupun mereka mendakwa telah berhenti menjadi kanibal sejak beberapa dekad yang lalu.

Ujian DNA akan dilakukan ke atas tulang, rahang, gigi dan beberapa logam cair – dipercayai adalah tampalan gigi.

Semua itu dijumpai dalam debu sejuk api di sebuah pulau Polinesia Perancis Nuku Hiva , 930 batu Timur Laut Tahiti.

Stefan dan teman wanitanya Heike Dorsch, 37 – yang sedang mengembara mengikuti satu ekspedisi pelayaran sejak 2008 – berhenti di pulau berkenaan pada 16 September.

Stefan dipercayai telah mengikut seorang pemandu tempatan memburu kambing, satu tradisi di pulau itu.

Pemandu itu, yang dinamakan oleh orang tempatan sebagai Henri Haiti, kemudian kembali seorang diri untuk memberitahu Heike: “Satu kemalangan telah berlaku. Dia memerlukan pertolongan.”

Tetapi Henri kemudian didakwa telah merantaikan Heike pada sebatang pokok sebelum menyerangnya.

Beberapa jam kemudian Heike berjaya melepaskan diri dan melaporkan kecemasan. Satu pasukan yang terdiri daripada 22 pegawai polis telah melancarkan gerakan mencari di sekitar pulau berkenaan, di mana jumlah populasi hanya 2,789.

Mereka kemudian menemui apa yang dipercayai adalah jasad lelaki Jerman itu.

Henri Haiti kini masih hilang dan tentera telah dipanggil untuk membantu menjejakinya.

*Ini bukan kisah rekaan, banyak media utama United Kingdom hari ini melaporkan berita ini

kesian btol kne makan..

Sumber : syok.org

0 comments:

Catat Ulasan

thank you kerana membaca sila lah komen,...

Ruangan iklan

Letak iklan disini free sampai 31 disember 2011
ads ads ads ads