Khamis, 27 Oktober 2011

wanita PERTAMA Memasuki SYURGA Kerana Baktinya Kepada Suaminya






Assalamualaikum,


Moga faham dan bermanfaat pada kita laki2 dan wanita.

Satu kisah ketika Nabi saw bersama-sama Puterinya Fatimah, seperti mana yang kita ketahui nabi saw itu suka bergurau (gurauan berfaedah) dengan ahli keluarganya dan juga dgn sahabat-sahabatnya.
Lalu nabi saw memberitahu pada Fatimah, ada di sana (di hujung kota madinah) seorang perempuan yang paling AWAL memasuki syurga dari pada kamu.

Lalu Fatimah terus pergi kerumah wanita itu untuk mengetahui apakah rahsia wanita tersebut. Sampai di depan rumah lalu Siti Fatimah mengetuk pintu, Wanita tersebut hanya membuka sedikit dari pintunya dan bertanyakan :
"apakah hajat mu datang kemari"?

lalu jawab fatimah :
"aku datang untuk berkenal-kenalan dengan kamu"

jawab wanita itu :
"owh,maaf lah, sy tidak meminta izin suami saya lagi untuk membenarkan kamu memasuki rumah ini".

Lalu Fatimah pulang dengan duka cita dan datang esoknya dengan membawa putranya husain ke rumah wanita tetrsebut.

Seperti biasa, di beri salam akan pemilik rumah dan jawapan dari wanita itu tidak kurang beza dari semalamnya.

Kata wanita tersebut :
"Maafkan saya,saya sudah meminta izin untuk kamu memasuki rumahku, tapi aku tidak meminta izin untuk anak kamu memasuki rumahku"

lalu Fatimah terfikir..
"jika aku masuk, mana mungkin aku biarkan Husain bersendirian di luar"

Lalu Fatimah pulang dengan tangisan sambil berkata..
"Mengapalah dengan wanita ini, budak kecil pun perlu minta izin kah" detik di hati Fatimah.

Esoknya Fatimah datang kembali dengan membawa 2 putranya, hasan dan husain,dan seperti biasa,jawapan dari wanita itu hampir sama dengan semalamnya,jawab wanita itu :

"Maafkan saya,saya tidak meminta izin akan hasan untuk memasuki rumahku, untuk kau dan husain sudah ku minta izin dari suami ku".

Lalu Fatimah pulang dengan rasa kecewa dan esoknya Fatimah datang kembali dengan 2 putranya,dan akhirnya di beri izin oleh suaminya akan Fatimah dan 2 putranya memasuki rumahnya.

Seketika masuk ke rumah itu,Fatimah kehairanan, sambil terdetik di hatinya berkata :
"Mengapa wanita ini tidak melayan aku dan anakku sebagai tamunya?malah wanita itu memegang tongkat, dan ditangan wanita itu ada segelas air dan di angkat sedikit kain wanit itu sehingga menampakkan auratnya"!.

Perkara yang dilakukan oleh wanita itu memang aneh bagi Fatimah, lalu Fatimah menanyakan wanita tersebut :

"Mengapa engkau pegang Air?

Jawab wanita tersebut :
"Aku menanti kepulangan suami ku,jika dia balik dengan keletihan,akan ku berikan air di tangan ku ini"

Tanya lagi oleh Fatimah :
"tongkat pula untuk apa"?

Lalu jawab wanita tersebut :
"tongkat ini untuk kegunaan suami ku, jika aku berbuat salah,aku berikan tongkat ini untuk dia memukul aku".

Lalu di tanya lagi fatimah :
"Mengapa sampai menampakkan aurat"?

Lalu dijawab oleh wanita itu :
"aku berbuat begini untuk menaikkan nafsu suamiku ketika kepulangannya".

Lalu Fatimah pulang dan menceritakan hal peribadi wanita yang di sebutkan itu lalu nabi saw bersabda :

"Ketika Wanita itu pertama kali memasuki syurga,dia akan memegang tali TAS dan di belakang wanita itu adalah kamu yang memegang tali tas itu"

Maka setelah mendengar kata-kata tersebut,Fatimah tersenyum kembali.

Kesimpulannya : Beruntunglah wanita atau isteri yang banyak masanya dirumah untuk berbakti kepada suaminya melainkan dia berada di luar dan bekerja.

Bukanlah saya mengatakan perempuan bekerja itu salah, tapi masa pernikahanlah wanita-wanita ini memperolehi pahala yang banyak ketika berbakti untuk suami sampaikan setiap kali si isteri salam dan mencium tangan suami itu digugurkan baginya 20 dosa..

wallahualam...
Moga bermanfaat bagi Lelaki dan Wanita sekalian.^^

0 comments:

Catat Ulasan

thank you kerana membaca sila lah komen,...

Ruangan iklan

Letak iklan disini free sampai 31 disember 2011
ads ads ads ads