kadang bila kita melakukan sesuatu, akan ada saja pihak yang akan menegur kita tidak kiralah teguran berbentuk positif atau nagetif. ada teguran yang dapat meningkatkan lagi semangat kita dan tidak kurang juga teguran yang bisa membuatkan kita hilang terus semangat untuk terus malangkah.
Sebagai contoh apabila kita ingin memulakan sesuatu pekerjaan, kita sering ditegur seperti `haih, ko tau ker nk buat benda nei`, `mad, ko nei tau x kalau nk buat benda nei kena ada bla bla bla bla`, `senangnya ko berangan`, and so on yang mana bila kata-kata macam tu masuk ke dalam telinga kita, kita jadi macam tak x semangat nk berusaha untuk mencapai cita-cita yang kita inginkan.
Ya, mungkin ada antara yang menegur tu berniat baik yang mana bertujuan untuk menasihat atau mengingatkan kita, tapi tanpa dia sedari dia telah menjatuhkan semangat kita untuk meneruskan apa yang kita impikan. Pernah tak korang terpikir dan berkata dalam hati `ala, dia tegur aku, dia tu pun bukan tau apa pun`, ya, mungkin ada antara kita yang pernah berfikir sebegitu walaupun tak sama skrip tapi ala2 semaksud tu kira ok ar. x kurang daripada tu, ada juga yang berfikir secara menyokong perkataan yang mengkritik kita seperti `betol gak`, `aku memang teruk` and so on,
Tahu tak korang, majoriti manusia akan melakukan apa yang dia fikirkan, tak salah jika anda pihak yang nk tegur kita, tapi ia terpulang kepada bagaimana kita ingin menerima teguran yang diberikan tersebut. ada yang menerima secara positif dan ada juga yang menerimanya secara nagetif (menolak).
So, sekarang aku nk share dengan korang macam mana nk menerima satu2 teguran kerana aku tau tidak mudah untuk menerima teguran terutamanya daripada orang yang kita anggap lebih lemah daripada kita. betol x?
aku akan share 5 tips tegur menegur ni,..hahahah,. so, korang baca la yer,...
1) Dengarkan teguran yang diberikan kepada kita
walaupun teguran tu amat menyakitkan, tapi bertindaklah sebagai seorang yang profesional. Dengarkan apa yang ingin disuarakan oleh dia kepada kita. kadang-kadang dalam sejuta teguran tu mungkin akan ada satu teguran yang akan menguntungkan kita yang mungkin bukan pada masa sekarang tapi dia masa jauh kehadapan kelak. Elakkan daripada memasang blok/penyekat untuk anda menerima teguran daripada dia (cth: ala, dia bukan layak pun nk tegur aku), tapi berfikirlah mungkin dia nampak sesuatu yang mungkin kita tidak nampak.
2) Tapis apa yang dikritik kepada kita
Ya, tidak perlu kita menerima bulat2 apa yang ditegur tersebut kerana dia hanya menegur dan bukanya mengarah, tiada siapapun di dunia nei yang berhak mengarah apa yang kita ingin lakukan sebab segala risiko yang kita buat tu semuanya tertanggung atas bahu kita. kalau kita tersalah langkah sekalipun, kita yang akan menerima akibatnya dan bukan orang yang menegur kita tu. dalam 10 nasihat yang diberikan tu, mungkin akan ada satu nasihat yang mana akan mampu mengelakan kita dari menerima kerugian yang teruk pada masa hadapan. Jadi, fikir2kan apa yang dinasihatkan kepada kita tu (jangan manis terus ditelan, jangan pahit terus dibuang)
3) Terima teguran dengan hati yang terbuka
Susah kan ? tambah2 kalau teguran tu giler punya tajam and terus menikam sanubari kita. Tapi nak tak nak kita perlu sedar bahawa teguran yang diberikan mungkin ada yang mampu membuatkan kita berjaya ata sekurang-kurangnya mampu mengelakan kita daripada dibelenggu masalah yang tidak mungkin mampu untuk kita tanggung. Teguran yang diberikan juga mungkin sebagai sebuah peringatan agar kita lebih berhati2 dalam menjalani sesuatu yang kita usahakan (ingat! manusia sentiasa dalam kelalaian). So, terpulang samada korang nk terima teguran daripada dia atau tak.
4) Make up mood
Kadang2 bila kita dengar orang tegur kita, mood kita pun jadi macam hilang gitu jer, betol x?, last2 satu kerja pun x jalan sebab dah fed up nk buat nei salah nk buat tu salah. kan kan? so, jaga mood korang sebab mood adalah perkara yang paling fragile apabila satu teguran masuk ke dalam telinga kita. Macam mana nk set mood korang nei? perkara nei sebenarnya korang kena set waktu niat korang lagi nk usahakan satu2 benda bahawa korang akan buat yang terbaik dan segala kelemahan yang wujud akan korang tampung sebaik mungkin. jangan biarkan mood korang dijajah oleh pengkritik pengkritik yang sememangnya tidak pernah faham akan kehendak dan tujuan hidup kita. Setkan matlamat perjuangan korang. `walau apapun yang akan terjadi, aku tetap akan capai apa yang aku impikan`.
5) bergeraklah secara profesional
Ya, mungkin ada kritikan yang akan kita terima dan ada juga kritikan yang akan kita tolak. Tapi kalau korang x nk terima sekalipun, tak perlu untuk tunjuk yang korang terang2 menolak teguran mereka (hargailah orang yang telah menegur anda kerana orang yang menghargai akan dihargai) dan kalau korang terima idea dia, ada baiknya korang tunjukan yang korang terima idea si dia kerana ia akan membuatkan korang lebih diberikan perhatian dan secara tidak langsung sebenarnya dia akan membantu kita untuk terus berjaya.
5 comments:
setuju sgt yg ni..ash.. bila sesorg susah untuk menerima teguran,kadang2 dia akan memperlekehkan apa yg org tu nak sampaikan.. org bagi pendapat bukannya nak menjatuhkan sesiapa tapi untuk kita buka minda.. jgn biar minda pada gred c saja..
noona bagi pendapat je ash,,dan noona setuju entry ash ni..
betul 2 noona ashraf sokong 100%,... kaddang2 orang yang takk terima pendapat kita ni,.. akan rugi :))
reyn pernah kena tegur secara , down gila kot semangat time tu ~x(
*secara perli
:)) sabar jerl la reynn =))
Catat Ulasan
thank you kerana membaca sila lah komen,...