Khamis, 15 September 2011

Mengapakah Kita Diwajibkan Menutup Aurat



Ashserah ingin berkongsi artikel yang dihantar seorang wanita bukan Islam dalam The Islamic Email Circle. Artikel sebenar dalam bahasa inggeris dan Ashserah telah translate ke dalam bahasa melayu..


Apakah islam?

islam adalah satu agama yang mengajar cara hidup seseorang insan itu. Mungkin ramai yang tersalah anggap bahawa islam itu diturunkan untuk mengongkong umatnya daripada terus-menerus bebas melakukan apa sahaja yang diingini. Salah satu daripada ajaran islam yang mana mewajibkan umatnya untuk patuh adalah hukum menutup aurat. Kenapa islam menyuruh umatnya untuk menutup aurat?. Kenapa tidak dibiarkan sahaja umatnya bebas untuk berpakaian seperti mana yang dia kehendaki?.

Salah satunya adalah supaya perempuan itu menghormati hak perempuan lain dan hak lelaki ajnabi. Namun, apakah yang dimaksudnya/kaitanya dengan menghormati perempuan lain kalau kita tidak bertudung sekalipun?. Tahukah anda bila kita bertudung, kita akan dapat membantu lelaki lain daripada meningkatkan nafsu shahwatnya yang semakin bergolak tambah-tambahan bila usia lelaki itu semakin dewasa dan nafsunya untuk menikmati wanita akan turut meningkat. Jadi, apabila seoorang lelaki melihat wanita tidak menutup auratnya, sebenarnya nafsu didalam jiwanya akan lebih membara dan keinginanya untuk menikmati wanita akan turut meningkat.

Ya. Mungkin anda bukan mangsa pemerkosaan lelaki tersebut. Tapi bagaimana pula dengan wanita lain?. Wanita yang tidak bersalah?. Mereka pula yang menjadi mangsa kes pemerkosaan akibat daripada gejolak nafsu yang tidak dapat dikawal lagi pada ketika mereka ingin menikmati seorang wanita. Akibatnya, seorang wanita yang sepatutnya dihormati kini dicabuli hak dan kehormatanya akibat daripada sikap acuh tak acuh kita dalam usaha membendung masalah ini. Itu baru kes menghormati hak wanita lain.

Bagaimana pula dengan menghormati lelaki lain?. Mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa apabila kita membuat nafsu mereka bergelojak. Sehinggakan mereka tidak mampu lagi menahan nafsu mereka dan terus melakukan perbuatan yang mana dapat menyusahkan perempuan lain atau mungkin juga mereka akan melanggan pelacur yang semamangnya berada di merata tempat. Apabila lelaki tersebut melanggan pelacur, kebarangkalian untuk dia mengidap HIV adalah amat tinggi dan ini akan menyebabkan dia menerima penderitaan sepanjang hayatnya. Apabila seorang lelaki mengidap HIV, dia tidak lagi dapat berkahwin dan bagaimana dia ingin menunaikan kehendak nafsunya yang inginkan seorang wanita. Mungkin tidak ada jalan lain dan cara yang paling baik yang dia ada adalah dengan merogol perempuan lain dan ini sekaligus akan meningkatkan lagi pengidap HIV di dalam masyarakat kita.

Kenapa kita perlu menutup aurat sedangkan ramai lagi yang masih tidak menutup aurat. Wahai saudari-saudari yang dikasihi. Percayalah, dalam membentuk sebuah masyakat yang harmoni, segalanya bermula daripada kita. Jika kita tidak memulakan, siapa lagi yang akan mengikut jejak langkah kita. Samalah dengan kes membogelkan diri. Pada zaman dahulu mungkin tiada lagi orang yang berani membogelkan diri dikhalayak ramai, tapi bermula di beberapa negara di barat, sekarang ia sudah banyak dicontohi oleh negara lain dan semakin hari kita lihat, semakin banyak mereka yang sanggup membogelkan diri bagi menunjukkan bahawa mereka berani dan tidak ada sesiapa pun yang mampun mengongkong mereka bagi memberikan maruah mereka kepada orang lain.

Kepada saudari-saudari sekalian, penulisan kali ini bukanlah untuk menujukan kesalahan kepada golongan wanita, tatapi adalah bertujuan supaya wanita dapat menjadi pendorong kepada penambahbaikan masalah sosial di dalam negara kita. Ingatlah, jika kita boleh menjaga kehormatan kita, orang lain pun akan menjaga kehormatan kita. Tapi jika sebaliknya, kita tidak ubah dipandang sebagai perempuan murahan.

Segalanya bermula dengan kita

Sekian

0 comments:

Catat Ulasan

thank you kerana membaca sila lah komen,...

Ruangan iklan

Letak iklan disini free sampai 31 disember 2011
ads ads ads ads